Tempatan

Hak Muslim Minoriti Sabah Bina Masjid Ditentang Sejak Merdeka – CONCERN

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA KINABALU, 24 Januari 2022 – Terdapat beberapa laporan di mana umat Islam yang tinggal di kawasan di mana mereka merupakan minoriti, dinafikan hak untuk membina masjid, menurut laporan Gabungan NGO Islam Negeri Sabah (CONCERN).

Dalam kebanyakan kes, umat Islam yang terlibat akhirnya terpaksa membatalkan hasrat mereka membina masjid bagi keperluan setempat setelah mendapat pelbagai tentangan daripada komuniti tempatan, menurut laporan itu lagi.

Dalam laporan itu, CONCERN memetik sebuah kes di daerah Penampang di mana umat Islam adalah minoriti manakala majoriti adalah terdiri daripada kalangan yang beragama Kristian.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

“Sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, umat Islam di Penampang sudah pun berusaha untuk memiliki dan membina masjid bagi komuniti yang menetap di sana, namun mereka telah menerima tentangan hebat daripada golongan bukan Islam yang menjadi majoriti di sana,” menurut CONCERN.

CONCERN memetik laporan Malaysiakini berkenaan Terrence Siambun, ADUN PKR ketika itu yang telah membantah pembinaan masjid di sana kerana menurutnya majoriti penduduk di Penampang adalah beragama Kristian.

“I cannot see how questioning the construction of a mosque in the middle of an area which is predominantly Christian tantamounts to being racist or anti-Islam. This is purely a question of necessity.”

Terrence Siambun juga mendesak parti lawannya United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) untuk turut sama menyuarakan bantahan kerana menurutnya, parti itu sentiasa membawa imej mempertahankan keimanan penganut Kristian.

“I particularly mention Upko on this issue because it has been portraying itself all the while as the vocal defender of Christian faith…”

Situasi sebegini tidak hanya terhad di Penampang sahaja. Ia juga berlaku di sekitar Negeri Sabah, di mana umat Islam minoriti tidak dibenarkan untuk membina masjid, menurut CONCERN lagi.

Laporan itu telah dimuatkan dalam Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA) Joint Submission For Stakeholders’ Information 3RD Cycle Of UPR On Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: