Tempatan

Banjir: Masjid Dibenarkan Jadi PPS Bersyarat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 04 Mac 2023 – Kerajaan Negeri Johor membenarkan masjid-masjid utama di kawasan terjejas banjir untuk dijadikan sebagai pusat penempatan sementara (PPS) mengikut garis panduan disediakan bagi menjaga kemuliaan rumah ibadat berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, ia merupakan pelan kontigensi yang diambil bagi menampung pertambahan tinggi penduduk terkesan banjir.

BACA JUGA: Simpati Nasib Mangsa Banjir, Pemilik Bengkel Tawar Servis Percuma

BACA JUGA: 4 Tapak Ekopelancongan Ditutup Sementara

BACA JUGA: Fikiran Liberal Cemari Seni Perfileman Negara – Mufti Pulau Pinang

Tambahnya, masjid juga dibenarkan untuk membantu urusan penyediaan makanan untuk diedarkan dan diagihkan ke PPS berdekatan.

Setakat jam 8 malam semalam, mangsa banjir di Johor terus meningkat sehingga mencecah seramai 34,695 penduduk daripada 10,301 keluarga.

Segamat menjadi daerah paling terjejas (3545 mangsa) diikuti Batu Pahat (1906 mangsa).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: