Majoriti Undi Larang Maknyah Bertanding Sukan Wanita, Batal Arahan Gabenor
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
UTAH, 02 April 2022 – Majoriti ahli Dewan dan Senat Utah mengundi untuk mengetepikan arahan Gabenor Utah, Spencer Cox yang membantah Rang Undang-Undang (RUU) HB11, di mana ia melarang atlet pelajar transgender bertanding dalam sukan wanita.
“Kita mesti berusaha untuk memelihara institusi sukan wanita dan memastikan ia kekal adil dan selamat untuk semua. Kami mendengar suara pengundi, bercakap dengan pakar, dan kami rasa ia penting untuk membuat keputusan sekarang bagi melindungi para atlet dan memastikan wanita tidak terpinggir daripada sukan mereka,” ujar Presiden Senat Utah, Stuart Adams.
RUU itu dirangka sebagai perlindungan kepada sukan wanita namun pengkritik menganggapnya sebagai satu ‘serangan’ terhadap kanak-kanak transgender, seperti yang dilaporkan CNN.
Perdebatan mengenai penyertaan atlet transgender dalam acara sukan wanita menjadi titik kritikal politik terutamanya di kalangan golongan konservatif. Utah merupakan negeri ke-12 yang merekodkan larangan tersebut menyertai Iowa dan Dakota Selatan.
Cox menolak RUU itu dengan mengatakan bahawa hanya empat kanak-kanak transgender dalam Utah yang terlibat dalam sukan namun seorang sahaja daripada mereka adalah perempuan.
Selain itu, Gabenor Utah itu turut mempersoalkan keperluan RUU berkenaan dan menegaskan bahawa ia menyasarkan golongan yang mengalami kadar bunuh diri yang tinggi.
“Saya bukan pakar dalam transgenderisme. Saya susah untuk memahaminya dan sainsnya bercanggah. Tapi apabila ragu-ragu, saya sentiasa cuba untuk berada di sisi kebaikan dan belas kasihan,” jelas Cox.
Walau bagaimanapun, pada akhirnya, RUU itu gagal dipinda apabila 21 undian Senat Utah mengalahkan lapan dan 56 undian oleh Dewan Negara mengalahkan 18 undian. Bukan itu sahaja, RUU itu akan mula berkuat kuasa pada Julai ini.