Tempatan

Arak Timah Dikaitkan Dengan Nama Puteri Nabi – Mufti Pulau Pinang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

GEORGETOWN – Tindakan menjenamakan arak dengan nama Timah adalah tidak wajar serta penghinaan kepada umat Islam kerana bagi masyarakat Melayu, Timah adalah singkatan daripada Fatimah iaitu nama puteri Nabi Muhammad SAW yang amat dihormati oleh umat Islam sama ada golongan Sunni atau Syiah,” kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

“Lebih memburukkan lagi keadaan apabila gambar yang dipaparkan pada botol minuman tersebut seolah-olah imej seorang yang beragama Islam. Perlembagaan negara sudah menyatakan bahawa Islam adalah agama Malaysia dan tidak sepatutnya menjadi negara pengeluar arak.”

Beliau yang terkejut membaca iklan yang tular beberapa hari lalu mengenai isu ini berkata, pengeluar arak berkenaan perlu peka terhadap sensitiviti umat Islam berkaitan dengan isu tersebut.

Bertitik tolak daripada hal ini, Dr Wan Salim menggesa kerajaan supaya mengarahkan syarikat pengeluar arak berkenaan agar segera menukar jenama dan gambar pada botol minuman keras tersebut.

“Kita harap pemimpin politik tanah air terutama yang beragama Islam akan turut menyatakan bantahan terhadap tindakan tidak sensitif oleh syarikat pengeluar minuman beralkohol ini.”

“Kita tidak membantah arak diminum oleh orang bukan Islam, tetapi kita memohon kerajaan menukar kepada nama dan gambar yang tidak menyentuh sensitiviti umat Islam demi memelihara suasana harmoni dalam hubungan antara pelbagai kaum di negara ini.

Hukum bagi umat Islam adalah haram bagi mengambil minuman keras ini dan dituntut supaya menghindarinya kerana memberi kesan negatif terhadap fizikal, sosial dan spiritual.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: