Tempatan

Mak Nyah Beriman Kecewa Fatwa Larang Masuk Masjid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 07 Oktober 2021 – Fatwa Negeri Perlis yang mewajibkan mak nyah bersolat jemaah berdasarkan jantina sebenar dan mereka diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina telah menimbulkan perasaan kecewa di kalangan mak nyah dan para penyokongnya.

Sebelum ini negara digemparkan dengan tindakan kontroversi seorang mak nyah yang mengenakan telekung semasa menunaikan ibadah umrah seperti wanita, dan di sana beliau menunaikan solat di tempat solat bersama dengan wanita.

Tindakan mak nyah tersebut telah menimbulkan kekesalan dan kekecohan di kalangan umat Islam ketika itu.

Namun begitu, fatwa Negeri Perlis tersebut telah menimbulkan ketidakpuasan hati pada sesetengah golongan kerana dianggap sebagai menghalang golongan mak nyah untuk menzahirkan keimanan mereka dalam bentuk ibadah di rumah Allah.

“Mengecewakan! Macamlah kita ini tak beriman. Terasa hendak keluar dari negara toksik ini,” bentak salah seorang dari mereka yang kecewa dengan fatwa tersebut.

IMG_20211006_230251.jpg?resize=300%2C243&is-pending-load=1#038;ssl=1

Aktivis yang memperjuangkan hak LGBT, Nisha Ayub turut menzahirkan penentangan terhadap fatwa tersebut.

Dalam temuramah beliau dengan portal Malay Mail, beliau menjelaskan bahawa fatwa itu amat mendukacitakan golongan mak nyah yang mempunyai rasa ghairah dan cinta pada agama mereka, menyebabkan mereka berasa terpencil.

“Kali ini bukan sahaja dari sistem tetapi dari iman mereka sendiri. Mereka rasa mereka bukan lagi sebahagian dari agama mereka yang kebanyakan transgender wanita Muslim masih lagi mahu anuti… kerana saya belum pernah lagi dengar atau lihat mana-mana transgender wanita yang cuba mengatakan bahawa mereka bukan orang Islam.”

“Semua transgender wanita di Malaysia, bukan hanya orang Islam, semua orang, mereka mahu mengamalkan agama mereka kerana itulah asuhan mereka sejak dari kecil dan mereka ada keghairahan dan cinta terhadap agama mereka,” tegas Nisha Ayub.

Seorang netizen pula menempelak golongan bertopeng agama sebagai “dajjal”, mendiskriminasi pandangan lain kerana hanya menggunakan satu mata yang cuma melihat berdasarkan “kebencian dan perspektif” sendiri sahaja.

Screenshot_2021-10-06-23-06-55-52_0b2fce7a16bf2b728d6ffa28c8d60efb.jpg?resize=225%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Afiq Mohamad Noor, Pegawai Undang-Undang SUHAKAM pula menegaskan fatwa Perlis yang melarang transgender beribadah di masjid itu adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

IMG_20211006_230900.jpg?resize=193%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

Menurutnya lagi, masjid juga dibiayai oleh golongan transgender menerusi pembayaran cukai, oleh itu tidak boleh dijadikan tempat yang mendiskriminasikan penganutnya.

Screenshot_2021-10-06-23-15-00-54_0b2fce7a16bf2b728d6ffa28c8d60efb.jpg?resize=300%2C145&is-pending-load=1#038;ssl=1

Afiq pernah mendedahkan bahawa golongan mak nyah ini “sentiasa memerlukan Tuhan dalam hidupnya” dalam artikel beliau yang berjudul “Tuhan dan Transgender”.

“Sekalipun sepanjang hidup, mereka didosakan oleh masyarakat tetapi Tuhan tetap hadir kepada mereka dengan caranya yang tersendiri. Tidak sedikit rakan-rakan transgender yang saya temui bersolat, membaca Al-Quran dan melazimi ritual-ritual agama lainnya.”

Dalam penulisannya itu, beliau juga berkongsi kisah mengenai seorang mak nyah beragama Islam tetapi melacurkan diri terpaksa memakai kalung berbentuk salib bagi mengelakkan gangguan dari pihak berkuasa jabatan agama.

“Anne tidak segan menunjukkan kepada saya kalung berbentuk salib yang dipakainya. “Mak sebenarnya rasa berdosa pakai cross ni tapi kalau tak pakai, Jabatan Agama suka kacau mak. Mak Islam nok…” kata Anne lagi. Ini bukan cerita dongeng atau rekayasa untuk meraih simpati. Ini kisah nyata yang terjadi hampir setiap hari kepada komuniti transgender di Malaysia.”

Afiq juga berasa “mungkin sudah tiba masanya” bagi golongan mak nyah untuk “merampas kembali wacana tentang Tuhan, tubuh dan kewujudan mereka”.

“Berapa ramai lagi transgender yang harus terkorban hanya kerana menjadi dirinya sendiri?” soal jejaka yang pernah mengetuai Unit Perundangan Sisters in Islam (SIS) itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: