Antarabangsa

1/3 Warga Dunia Tiada Akses Air Bersih, Krisis Bekalan Air Bakal Burukkan Keadaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 20 September 2022 – Pada tahun 2019, sebuah laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO)  menunjukkan bahawa 1 dari 3 penduduk dunia tidak mempunyai akses kepada air bersih.

Tidak cukup dengan itu, krisis ini berkemungkinan akan meningkat susulan perubahan iklim yang mengakibatkan sumber air bersih dunia terjejas, sehinggakan tidak mustahil akan berlaku “perperangan merebut air” dalam kalangan negara-negara yang terkesan.

Menurut sebuah laporan antarabangsa, krisis peperangan merebut air ini berkemungkinan untuk berlaku terutamanya dalam kalangan negara yang berkongsi sumber air bersih dengan negara jiran.

Sebagai contoh, China telah membina empangan berskala gergasi di beberapa sungainya, seperti di Sungai Mekong, sekali gus menyekat dan menjejaskan bekalan terhadap negara-negara lain yang hanya memiliki akses kepada kawasan hilir sungai.

Pembinaan empangan ini telah menimbulkan ketegangan di antara China dan negara yang terlibat, susulan negara-negara tersebut yang mengkhuatiri China akan menyekat terus bekalan air bersih sekiranya berlaku sebarang konflik antara negara tersebut dengan China.

Susulan hal ini, pemerhati politik antarabangsa memberikan amaran bahawa terdapat kemungkinan bahawa peperangan kerana perebutan sumber asli ini boleh berlaku.

Namun, terdapat juga pemerhati politik yang berpendapat bahawa pertelingkahan kerana isu bekalan air hanyalah sebuah sebab sampingan yang kebiasaannya ditemani sebab-sebab lain kepada konflik tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: