Tempatan

Laporan Tahunan SUHAKAM Perlu Dibahas Di Parlimen – Pengerusi SUHAKAM

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 September 2022 – “Saya rasa ia perlu dibentangkan. Saya secara peribadi merasakan isu-isu yang membimbangkan orang ramai secara amnya perlu dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen.”

Demikian kenyataan oleh Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Malaysia (SUHAKAM) yang baharu, Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad yang berikrar akan mendesak agar laporan tahunan suruhanjaya itu dari 2020 hingga 2022 dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen tahun ini selepas Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melarangnya pada tahun 2020.

Menjelaskan lagi berkenaan laporan tersebut, Rahmat Mohamad berkata isu seperti kematian dalam tahanan, keadaan atau keadaan daif infrastruktur dan kemudahan di penjara serta kem tahanan adalah isu mendesak yang perlu dibahaskan di Parlimen.

Tambah beliau, membahaskan laporan tahunan SUHAKAM adalah peluang untuk Kerajaan mengambil langkah pembetulan, seperti menyediakan lebih banyak peruntukan kepada agensi berkaitan untuk menambah baik kemudahan mereka yang mana bajet adalah sangat terhad untuk kem tahanan polis, penjara dan imigresen.

Justeru, langkah membahaskan laporan tahunan SUHAKAM di Parlimen perlu sebagai inisiatif dan tindakan dari pihak SUHAKAM iaitu memberitahu Kerajaan bahawa ada kemudahan yang mesti ditambah baik.

Julai lalu, Pakar perundangan dan hak asasi manusia Universiti Teknologi MARA Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang baharu bagi sesi 2022-2025 yang berkuat kuasa 22 Jun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: