Tempatan

Etnik Rohingya Bakal Dibantu Bekerja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 16 Ogos 2022 – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah memaklumkan, pelarian Myanmar khususnya etnik Rohingya bakal dihantar untuk mengikuti latihan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan.

Saifuddin berkata, dengan memberikan latihan kemahiran kepada etnik itu, majikan berpeluang menawarkan pekerjaan kepada mereka memandangkan negara memang memerlukan pekerja asing.

“Sekarang ini kita ada kekangan buruh daripada luar, kalau kita tengok banyak restoran, kilang dan sektor pembinaan kurang pekerja, namun begitu ada sebahagian majikan tidak bersedia ambil mereka (Rohingya) kerana tidak mempunyai kemahiran asas.”

“Jadi, kita rancang program latihan kemahiran kepada mereka tertentu yang ingin bekerja. Kita lakukan ini atas dasar perikemanusiaan dengan membantu mereka,” katanya pada sidang media selepas Forum Pengundi Muda Penentu Masa Hadapan Negara Sempena Hari Belia Parlimen Indera Mahkota 2022 pada Ahad lalu.

Mengulas lanjut, Saifuddin menegaskan bahawa dana rakyat tidak akan digunakan bagi menampung kos latihan kemahiran kepada pelarian Myanmar kerana beliau akan melobi untuk mendapatkan dana daripada negara-negara lain.

“Saya beritahu perkara ini supaya rakyat Malaysia tidak gusar apabila Menteri Luar bercakap tentang pelarian di Malaysia, mereka juga mempunyai peluang bekerja dan pendidikan. Bantuan yang diberikan kepada mereka adalah sumbangan negara asing.”

“Setakat ini Yayasan Qatar telah menyumbang USD50 juta yang mana sebanyak USD6 juta sudah dibelanjakan untuk hal ehwal kesihatan termasuk ketika pandemik COVID-19.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: