Antarabangsa

AS Tukar Suka Sama Suka Tahanan Dengan Taliban

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 20 SEPTEMBER 2022 – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin lalu telah mengumumkan mengenai pembebasan Mark Frerichs, seorang veteran tentera laut AS yang dilaporkan hilang di Kabul pada tahun 2020.

Pada masa yang sama, kerajaan Taliban pula mengumumkan mengenai pembebasan Haji Bashir Noorzai yang telah dipenjarakan di penjara Amerika selama 17 tahun atas tuduhan pengedaran dadah jenis heroin.

“Hari ini, kita telah berjaya membebaskan Mark Frerichs, dan dia akan pulang ke rumah tak lama lagi,” ujar Biden dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh White House.

Biden juga dalam kenyataan yang sama mengucapkan terima kasih terhadap “penjawat awam yang berdedikasi di seluruh (agensi) kerajaan dan rakan-rakan yang bekerjasama dengan pihak kerajaan, yang bekerja tanpa penat lelah” dalam memastikan pembebasan Frerichs yang telah menjadi tawanan Taliban sejak awal 2020.

Namun pada kenyataan tersebut Biden sama sekali tidak menyebut berkenaan pembebasan Noorzai. Beliau hanya menyebut mengenai rundingan bagi pembebasan Frerichs yang disifatkannya sebagai “memerlukan keputusan yang sukar, yang mana tidak diambil mudah”.

Sementara itu, Pemangku Menteri Luar Taliban Amir Khan Muttaqi mengumumkan bahawa pertukaran di antara Frerich dan Noorzai telah berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul. Beliau menyatakan,

“Kami mengalu-alukan pembebasan Haji Bashir, seorang Afghan yang telah 17 tahun berada di AS.”

Pada kenyataan yang sama juga beliau berkata, “(Pertukaran ini) akan membuka episode baharu dalam hubungan dua hala di antara AS dan Afghanistan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: