Antarabangsa

Kemenangan Taliban Bermakna Kemenangan Islam Ke Atas Kristian – Pakar Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

TEL AVIV, 07 September 2021 – Washington melihat pengunduran tentera US dari Afghanistan sebagai keputusan politik yang pragmatik, tetapi bagi umat Islam seluruh dunia akan melihat situasi ini dalam sudut kemenangan agama, menurut Dr. Mordechai Kedar.

Dr. Mordechai Kedar adalah merupakan tokoh yang terkenal di Israel sebagai antara pakar rujukan terkemuka mengenai Islam dan dunia Arab.

“15 Ogos 2021 adalah hari di mana Taliban menguasai semula Afghanistan setelah 20 tahun dijajah oleh Barat, akan selama-lamanya dilihat dan diingati dalam dunia Islam sebagai kemenangan Islam ke atas agama Kristian, kemenangan iman ke atas kesesatan, dan kemenangan tradisi ke atas perhambaan,” tulis Dr Mordechai Kedar.

Dr. Kedar meluahkan kerisauannya tentang kemenangan Taliban ini dianggap bakal menaikkan semangat umat Islam seluruh dunia untuk bangkit berjihad menentang penganiayaan penjajahan Israel ke atas umat Islam Palestin.

Apa yang berlaku di Afghanistan, beliau memberi amaran, kini sedang “mengepam darah baru dalam arteri-arteri jihad dan hasilnya boleh dilihat di seluruh dunia, termasuklah di Israel.”

Sudah bertahun-tahun Dr. Kedar berikhtiar bagi mendesak dunia Barat untuk memandang serius dari sudut keagamaan akan setiap perseteruan Barat dengan pelbagai negara dan organisasi di Timur Tengah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: