Antarabangsa

Yayasan Bincang Penyaluran Dana RM15 bilion Milik Kerajaan Afghanistan Yang Disekat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 23 November 2022 – Ahli lembaga dana amanah yang berpusat di Switzerland, yang bertanggungjawab dalam mengagihkan aset kepunyaan Afghanistan yang bernilai beberapa bilion dolar, telah bertemu buat pertama kalinya di Geneva.

Dalam perjumpaan tersebut, para pemegang amanah telah mempertimbangkan pelbagai cadangan bagi memindahkan $3.5 bilion yang telah dibekukan sewaktu Taliban menjatuhkan kerajaan yang disokong oleh AS pada tahun lalu.

Pada September lalu, AS telah memindahkan $3.5 bilion kepada Bank of International Settlement (BIS) di Switzerland, yang mana ianya sepatutnya dipindahkan kepada bank pusat Afghanistan (DAB).

Wang tersebut adalah sebahagian daripada aset-aset matawang asing yang berjumlah kira-kira $7 bilion yang dimiliki oleh bank pusat Afghanistan yang dipegang oleh Federal Reserve AS.

Langkah tersebut dilakukan AS bagi memintas tindakan Taliban yang mengutuk pemindahan dana tersebut serta menyifatkan pemindahan dana tersebut sebagai perlanggaran undang-undang antarabangsa.

Pentadbiran AS telah berdepan dengan pelbagai kritikan berikutan tindakan negara tersebut dalam memegang wang tunai yang sepatutnya menjadi hak warga Afghanistan, pada waktu yang sama warga Afghanistan sedang menderita dengan kemiskinan, kebuluran serta inflasi tinggi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa jutaan warga Afghanistan akan menderita juga masyarakat antarabangsa tidak campur tangan dalam membantu krisis ekonomi di negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: