Antarabangsa

China Arah Rakyatnya Di Afghanistan Patuh Perundangan Syariah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KABUL, 28 Ogos 2021 – Kedutaan China di Kabul mengarahkan rakyat China di Afghanistan untuk mematuhi perundangan Syariah, termasuk dalam etika pemakaian dan pemakanan di khalayak awam.

Menteri Luar Negara China, Wang Yi dalam pertemuannya dengan Mullah Abdul Ghani Baradar, delegasi Taliban di Tianjin, China pada penghujung bulan lalu telah meminta jasa baik Afghanistan untuk mengamalkan polisi Islam yang lebih bersederhana.

Jurucakap Kementerian Luar Negara China, Hua Chunying berkata, “China dari awal lagi sudah menghormati kedaulatan, kebebasan dan integriti wilayah Afghanistan, kita kekal untuk tidak mencampuri urusan dalaman Afghanistan dan akan meneruskan polisi yang ramah kepada keseluruhan rakyat Afghanistan.”

“China hormat akan hak rakyat Afghanistan untuk memilih masa depan mereka sendiri.”

“Kami bersedia untuk membuat hubungan kejiranan yang baik dan kerjasama persahabatan dengan Afghanistan dan akan memainkan peranan penting bagi keamanan dan pembinaan semula Afghanistan.”

Jurucakap Taliban, Suhail Shaheen pula berkata, negaranya amat mengalu-alukan jasa baik China untuk membina semula Afghanistan dan memainkan peranan dalam membina keharmonian dan kedamaian dalam negara.

“China adalah sebuah negara yang mempunyai ekonomi dan kemampuan yang besar – saya percaya mereka boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha pemulihan dan pembinaan semula Afghanistan,” kata Suhail Shaheen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: