Antarabangsa

Kematian Pemimpin Al-Qaeda Tidak Hentikan Kenaikan ‘Jihadis’

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFGHANISTAN, 07 Ogos 2022 – Kematian pemimpin tertinggi al-Qaeda tidak akan menghentikan kemaraan kumpulan jihadis, berikut merupakan intipati sebuah laporan antarabangsa mengenai struktur geopolitik di kawasan bergolak terbabit.

Kemaraan al-Qaeda dikatakan bakal berjalan seperti biasa susulan ‘rampasan kuasa’ oleh Taliban ke atas kepimpinan Aghanistan, di mana pucuk kepimpinan Taliban pernah memberikan perlindungan dan bantuan terhadap gerakan al-Qaeda.

Pengerusi America’s Joint Chiefs of Staff, Jeneral Mark Milley membangkitkan spekulasi bahawa ia hanya akan makan masa selama 6 bulan hingga ke 3 tahun sahaja untuk kumpulan jihadis di kawasan tersebut ‘bersatu’ semula.

Kerisauan turut dibangkitkan oleh Ketua Central Intelligence Agency (CIA), Bill Burns, di mana menurutnya, kebolehan Amerika Syarikat (AS) untuk melaksanakan operasi intipan dan serangan di kawasan tersebut akan merosot.

Kematian Ayman al-Zawahiri, pemimpin tertinggi kumpulan al-Qaeda baru-baru ini telah menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan pakar geopolitik antarabangsa, terutamanya tentang implikasi kematian “otak” al-Qaeda terhadap gerakan kumpulan jihadis tersebut.

Presiden AS, Joe Biden, bagaimanapun telah memberikan ucapan yang tampak optimis, di mana Biden menyatakan:

“Ketua pengganas ini telah tiada. Masyarakat di seluruh dunia tidak perlu lagi risaukan pembunuh yang ganas dan ‘keras’ ini.”

Namun, pemerhati geopolitik menyuarakan pendapat yang sedikit berbeza, di mana mereka menganggap kehilangan Ayman al-Zawahiri hanya akan diganti oleh pemimpin yang baru, dan kegiatan al-Qaeda akan terus berjalan.

Leave a Reply

Back to top button