Terkini

Anak Osama bin Laden Mohon Maaf Pada Rakyat Israel

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

GAZA, 07 September 2021 – Omar, anak Osama bin Laden memberitahu akhbar Israel bahawa beliau merancang untuk menziarahi Israel, dan dengan tulus hati memohon maaf kepada rakyat Israel bagi setiap tindakan ayahnya.

Dalam wawancaranya dengan akhbar Yedioth Ahronoth, Omar juga mendedahkan bahawa beliau telah menolak permintaan untuk mengambil alih tempat ayahnya bagi menerajui Al-Qaeda.

“Kebencian ayah saya terhadap musuh-musuhnya mengatasi kasih sayang beliau pada anak-anaknya sendiri. Saya rasa begitu bodoh kerana telah membazirkan usia saya, saya sudah lama tahu bahawa saya akan melarikan diri, melarikan diri seawal mungkin,” kata beliau.

Menurutnya lagi, ayahnya telah mendesak beliau dan adik-beradiknya untuk syahid di medan peperangan.

Beliau mendedahkan betapa “malu dan seram” beliau deritai atas segala jenayah yang telah dilakukan oleh ayahnya, mendakwa beliau terpaksa menelan hakikat bahawa itulah ayahnya yang sebenar.

Omar kini menetap di Perancis, dan beliau teringin untuk melancong di Israel dengan isterinya, wanita yang berketurunan Yahudi. Beliau juga ingin melancong di Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button