NGO

BERJASA Serah Warkah Kepada YDPA Cadang Pemerkasaan Tadbir Urus Kerajaan

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

1. Parti BERJASA telah menyerahkan dan mempersembahkan kepada pihak Istana Negara beberapa cadangan untuk pertimbangan dan hikmah kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

2. Warkah ini menzahirkan kepada KDYMM Tuanku untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan dari pihak parti BERJASA untuk memperkasa tadbir urus kerajaan Malaysia seterusnya memberi manfaat besar kepada seluruh rakyat.

3. Melalui warkah ini, parti BERJASA Malaysia telah mempersembahkan cadangan-cadangan seperti berikut:

i. Lantikan jawatan tertinggi negara seperti jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua Dewan Negara, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Ketua Polis Negara (KPN) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) hendaklah melalui lantikan secara terus di bawah kuasa YDPA tanpa melibatkan campur tangan politik.

ii. Lantikan pegawai tertinggi negara hendaklah dalam kalangan orang yang kuat pegangan agama, taat setia kepada Raja dan Negara, berwibawa, mempunyai integriti yang tinggi, tiada kes mahkamah, tiada kes rasuah serta mampu mentadbir secara adil dan saksama.

iii. Mengasingkan kuasa antara Peguam Negara dengan Pendakwa Raya bagi membolehkan pemisahan kuasa seterusnya menjamin ketelusan dan keadilan dalam institusi perundangan negara.

4. Parti BERJASA amat yakin serta percaya cadangan yang dipersembahkan ini sekiranya dilaksanakan mampu membentuk sebuah pentadbiran negara yang lebih telus, bersih, amanah dan bebas dari segala bentuk penyalahgunaan kuasa.

5. Parti BERJASA menaruh harapan kepada pihak kerajaan dan parti-parti pembangkang untuk sama-sama mendokong cadangan ini bagi menatijahkan sebuah pentadbiran negara Malaysia yang lebih unggul.

Tn Hj Zamani Bin Ibrahim,
Presiden,
Parti BERJASA Malaysia

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button