Antarabangsa

Taliban Tidak Pasti Sama Ada Benar Zawahiri Telah Dibunuh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFGHANISTAN, 07 Ogos 2022 – Pemerintah Taliban di Afghanistan telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan kebenaran dakwaan Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan bahawa pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri telah mati dibunuh akibat serangan dron AS di Kabul pada hujung minggu lalu.

Timbalan Kedua Perdana Menteri Taliban, Abdul Salam Hanafi telah mengutuk serangan AS tersebut dengan mengatakan bahawa ianya telah melibatkan hal berkaitan kedaulatan, undang-undang antarabangsa serta perjanjian Doha, yang mana ianya merujuk kepada persetujuan antara AS dan Taliban pada tahun 2020 di mana tentera AS sepatutnya mundur dari Afghanistan.

“Kami masih tidak mengetahui mengenai segala perincian hal ini. Namun apa yang kami tahu sekarang adalah serangan udara telah berlaku di sini dan Emirate Islam kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut,” kata Hanafi dalam satu kenyataan berkaitan dakwaan pembunuhan al-Zawahiri.

Dalam kenyataan yang sama, Hanafi telah menegaskan lagi bahawa pemerintah tidak akan membenarkan mana-mana pihak menggunakan mana-mana bahagian dalam Afghanistan untuk melakukan serangan terhadap negara lain.

Namun AS pula telah menuduh Afghanistan sebagai pihak yang telah mengingkari perjanjian Doha, di mana AS telah mendakwa bahawa Zawahiri telah disembunyikan di Kabul oleh anggota senior Haqqani Network – sebuah kumpulan militan dalam Taliban, yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan Al-Qaeda.

Pada Isnin lalu, Presiden AS, Joe Biden telah mengumumkan bahawa CIA telah berjaya membunuh Ayman al-Zawahiri yang berumur 71 tahun melalui serangan dron di Kabul minggu lalu. Zawahiri dipercayai merupakan orang kanan Osama bin Laden dan salah seorang perancang utama serangan 9/11 pada tahun 2001.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: