Antarabangsa

Amerika ‘Curi’ Berbilion Duit Afghanistan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 16 Februari 2022 – $3.5 bilion Dollar (RM14.6 bilion) rizab Afghanistan akan kekal di Amerika Syarikat untuk membiayai tuntutan mahkamah oleh mangsa keganasan AS, menurut Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

BACA: ”Aku Akan Cabar Islam Kamu” – Siti Kasim

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kita Patut Jenayahkan Khitan Perempuan – CEO Galen

Joe Biden sebelum ini telah menandatangani perintah eksekutif yang menyebabkan separuh daripada rizab Afghanistan yang dipegang AS akan dijadikan pembiayaan tindakan undang-undang oleh mangsa keganasan AS yang kesnya masih berjalan di mahkamah.

Manakala, separuh lagi daripada $7 bilion Dollar (RM29.3 bilion) rizab Afghanistan tersebut akan dibelanjakan untuk bantuan kemanusian di Afghanistan di mana ketika ini lebih separuh daripada 38 juta penduduk negara tersebut menghadapi masalah kekurangan makanan yang teruk dan ekonomi negara berada di ambang kejatuhan.

Keputusan tersebut mendapat kritikan meluas, dan ada antara keluarga mangsa 9/11 tidak dapat menerima keputusan bahawa $3.5 billion Dollar (RM14.6 bilion) daripada rizab Afghanistan tidak dipulangkan kepada rakyat negara tersebut.

Seorang ahli keluarga kepada mangsa yang terbunuh di Pentagon pada 9/11 merasa bahawa ini adalah satu pengkhianatan yang sangat kejam kepada rakyat Afghanistan.

“Saya tidak boleh memikirkan pengkhianatan yang lebih teruk terhadap rakyat Afghanistan daripada membekukan aset mereka dan memberikannya kepada keluarga 9/11.”

Kerajaan Afghanistan sebelum ini telah mendepositkan lebih $7 bilion Dollar (RM29.3 bilion) aset termasuk mata wang, bon dan emas di Federal Reserve Bank di New York sebelum Taliban mengambil alih Afghanistan pada Ogos 2021.

Setelah pengambil alihan kuasa oleh Taliban, Federal Reserve Bank menyekat pengeluaran dana tersebut.

Lebih malang lagi, AS tidak mengiktiraf kerajaan Taliban sebagai sah dan melarang memindahkan dana kepada apa yang dianggapnya sebagai “organisasi pengganas”.

Justeru, menjadi tanda tanya adakah dana $7 bilion Dollar (RM29.3 bilion) itu telah berpindah milik kepada Taliban.

Hakikatnya, pentadbiran Joe Biden mengiktiraf bahawa dana tersebut ada kaitan dengan Taliban. Ini menjadikan aset tersebut boleh dirampas dan dibekukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: