Antarabangsa

Cecah Rekod: 1 daripada 100 Orang Adalah Pelarian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 19 Jun 2022 – Laman The Washington Post baru-baru ini melaporkan bahawa jumlah pelarian seluruh dunia sudah mencecah rekod tertinggi.

“Setakat ini, lebih 100 juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka – lebih kurang 1 peratus daripada jumlah keseluruhan manusia,” lapor mereka.

Antara punca utama bagi krisis kemanusiaan yang menggusarkan dunia ini adalah peperangan di Ukraine, penguasaan Taliban ke atas Afghanistan dan pergolakan di Afrika.

Menurut laporan United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) , tahun 2021 merekodkan jumlah pelarian lebih kurang 89.3 juta orang, di mana 5.8 juta daripada mereka adalah pelarian rakyat Palestin.

Isu utama yang mendorong pelarian-pelarian ini untuk meninggalkan kampung halaman mereka adalah kerana ditindas, konflik, keganasan, pencabulan hak asasi dan kacau-bilau di tempat asal mereka.

Terdahulu, Samudera.my melaporkan tentang agenda rejim pendatang Israel untuk menakluki Palestin secara sepenuhnya, sekaligus menghalau rakyat Palestin daripada tanah hak mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: