Antarabangsa

Penyertaan EU, Ukraine dan Moldova ke Peringkat Seterusnya, Georgia Kecewa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERMAN, 19 Jun 2022 – Baru-baru ini, badan eksekutif Kesatuan Eropah (European Union, EU) telah memutuskan untuk memberi taraf ‘calon’ kepada Ukraine dan Moldova, dan memutuskan untuk tidak meneruskan permohonan Georgia.

Taraf ‘calon’ tersebut merupakan langkah seterusnya bagi sesebuah negara untuk menyertai EU, di mana negara-negara Eropah boleh mengemukakan permohonan kepada EU untuk menjadi sebahagian daripada EU.

Namun ia masih belum membawa nafas lega buat Ukraine dan Moldova, hal ini kerana sesebuah negara kebiasaannya akan ‘menunggu’ selama hampir sepuluh tahun sebelum mara daripada peringkat pencalonan ke peringkat yang seterusnya.

Penyertaan di dalam EU adalah merupakan sesuatu yang ‘dikejar’ sesetengah negara Eropah. Ini kerana, pakatan EU mempunyai keistimewaan sesama negara ahli terutamanya dari segi perdagangan, dasar keselamatan bersama dan kemajuan ekonomi.

Turki, sebagai contoh, adalah salah sebuah negara yang sering mencuba nasib untuk menyertai EU, di mana mereka telah menghantar permohonan keahlian semenjak tahun 1987 lagi. Namun, setakat ini Turki masih belum diterima masuk sebagai ahli rasmi EU.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: