Tragedi Bot Greek, 100 Pelarian Kanak-Kanak Mesir Dipercayai Lemas
ATHENS, 16 Jun 2023 – Bencana bot karam di selatan pesisir pantai Greece pada hari Selasa, mengesahkan sekurang-kurangnya 78 orang maut dan kira-kira 100 orang berjaya diselamatkan dalam tragedi itu, lapor BBC.
Mangsa yang terselamat dalam salah satu bencana terburuk di Eropah itu berkata, terdapat hampir 100 kanak-kanak dan wanita berada di bahagian bawah bot nelayan yang karam di perairan Peloponnese itu.
BACA JUGA: Fatwa Putuskan Vape Haram – Menteri Agama
BACA JUGA: Kegiatan Judi Belangkas Diserbu, 20 Ditahan
BACA JUGA: Imigresen Gempur Pasar Borong Selangor, 35 PATI Diberkas
Laporan menunjukkan bahawa jumlah penumpang yang berada di atas kapal itu adalah sehingga 750 orang dan ini menunjukkan masih ramai lagi mangsa yang masih hilang di laut.
Pengawal pantai Greece berkata, tragedi itu berlaku di perairan antarabangsa di Laut Ionia dan operasi menyelamat yang meluas berdepan keadaan sukar berikutan angin kencang.
Walaupun harapan untuk mencari lebih banyak mangsa yang terselamat semakin berkurangan, pasukan penyelamat masih tetap meneruskan pencarian di kawasan bot itu terbalik hampir 50 batu nautika dari pantai barat daya.
Sembilan orang, termasuk beberapa warga Mesir, telah ditangkap kerana disyaki memperdagangkan orang, bot nelayan itu telah berlepas tanpa muatan dari Mesir dan berhenti di pelabuhan Tobruk di Libya bagi mengambil pendatang untuk menuju ke Itali, lapor media Greece.