Singapura Lakukan Sekatan Lumpuhkan Rusia
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SINGAPURA, 07 Mac 2022 – Hab perkapalan antarabangsa, Singapura mengumumkan sekatan ke atas Rusia yang meliputi empat bank dan larangan eksport ke atas elektronik, komputer dan barangan ketenteraan berikutan krisis Rusia-Ukraine.
“Bagi sebuah negeri kecil seperti Singapura, ia bukan prinsip teori, tetapi satu situasi yang berbahaya.”
“Inilah sebabnya Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan tanpa provokasi Rusia,” kata Kementerian Luar Singapura.
Jelasnya, pihaknya tidak boleh menerima pencabulan kerajaan Rusia terhadap kedaulatan dan integriti wilayah negara berdaulat yang lain.
Jarang mengenakan sekatan, namun ini adalah sebagai langkah tindak balas kepada tindakan ketenteraan Rusia terhadap Ukraine.
Semua barangan yang boleh mendatangkan bahaya kepada atau menundukkan Ukraine, atau membantu Rusia melancarkan serangan siber tidak dibenarkan untuk di eksport.
Institusi kewangan Singapura dilarang melakukan transaksi dengan Syarikat Saham Bersama Awam VTB Bank, Bank Perbadanan Untuk Pembangunan dan Hal Ehwal Ekonomi Luar Vnesheconombank, Syarikat Saham Bersama Awam Promsvyazbank dan Bank Rossiya.
Sekatan itu juga melarang segala transaksi dan penyediaan perkhidmatan yang memudahkan pengumpulan dana untuk kerajaan Rusia, bank pusat atau entiti di bawah kawalan mereka.
Langkah itu juga meliputi mata wang kripto.
Pendirian Singapura menentang pencerobohan Rusia adalah yang paling kuat setakat ini oleh sebuah negara Asia Tenggara.
Terdahulu Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa mana-mana negara yang menyekat Rusia dianggap sebuah pengisytiharan perang.