Antarabangsa

Pemikir Strategik Ketenteraan AS Saran Gunakan Ukraine Lemahkan Rusia Sejak 2019

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 31 Mac 2022 – Sebuah badan pemikir strategi, Rand Corporation telah mengusulkan Amerika Syarikat (AS) menggunakan pelbagai strategi dalam bentuk ekonomi, ketenteraan dan ideologi untuk memecahbelahkan dan menggugat kestabilan Rusia sejak tahun 2019 lagi.

Berdasarkan laporan “Overextending and Unbalancing Russia” Rand Corporation yang ditaja oleh Pasukan Tentera AS itu, pihak Amerika Syarikat dan para sekutunya perlu menggunakan “pilihan-pilihan tidak berkasar, membebankan kos” bagi melemahkan ekonomi, ketenteraan dan struktur kerajaan Rusia.

Sekiranya strategi dalam laporan ini dikuatkuasakan, ia boleh menyebabkan Rusia kucar-kacir dan penat kerana segala perhatian tenaga dan dana negara itu dilencongkan kepada perkara-perkara yang membebankan Rusia dan tidak mengancam kedudukan Amerika Syarikat.

Petikan dari laporan itu menyebut, “Such cost-imposing options could place new burdens on Russia – ideally heavier burdens than would be imposed on the United States for pursuing those options.”

Antara langkah yang dicadangkan bagi tujuan ini adalah dengan memberi bantuan persenjataan menyerang dan khidmat nasihat ketenteraan kepada Ukraine bagi “mengeksploitasi kelemahan luaran terbesar Rusia”.

Langkah ini disifatkan oleh Rand Corporation sebagai memberi faedah yang besar kepada Amerika Syarikat walaupun berisiko tinggi.

Ukraine amat penting bagi Rusia. Kedua-dua buah negara ini berkongsi warisan yang sama dan juga berkongsi sempadan negara yang terbentang panjang.

Salah seorang pemimpin paling penting Soviet Union pada waktu dahulu, Nikita Khrushchev berasal dari Ukraine.

Ukraine juga merupakan salah satu laluan yang digunakan oleh Hitler bagi mencerobohi Soviet Union ketika Perang Dunia Kedua dengan bantuan daripada sebahagian tali barut dari Ukraine sendiri.

Jarak daripada ibu negara Ukraine, Kiev ke Moskow juga berdekatan – hanya kurang dari 500 batu sahaja.

Disebabkan oleh faktor-faktor geografi dan sejarah ini, Ukraine boleh diperalatkan sebagai komponen utama AS dan NATO bagi melemahkan Rusia.

Sebelum kewujudan laporan RAND Corporation ini, Amerika Syarikat cuma membekalkan persenjataan yang bertujuan untuk “mempertahankan diri” sahaja kepada Ukraine, bantuan persenjataan bagi tujuan untuk menyerang adalah hampir tiada.

Tetapi setelah laporan ini menyebut membekalkan bantuan persenjataan (menyerang) ketenteraan di Ukraine memberi faedah yang tinggi walaupun berisiko tinggi, bantuan persenjataan yang diberi oleh AS secara tiba-tiba melonjak tinggi.

Bantuan yang diberi oleh AS dalam bentuk persenjataan menyerang melonjak ke USD 250 juta pada tahun 2019 berbanding hampir kosong pada tahun sebelumnya. Kemudian meningkat USD 303 juta pada 2020 dan menjadi USD 350 juta pada 2021.

Keseluruhan bantuan persenjataan bagi mempertahankan diri dan menyerang semakin meningkat. Bagi tahun lepas sahaja bantuan itu sudah pun berjumlah lebih daripada USD 1 bilion, menurut laporan The Hill.

Selain daripada menguatkan Ukraine dengan persenjataan bagi menyerang dan mempertahankan diri ini, laporan Rand Corporation itu juga telah menyenaraikan pelbagai teknik dan langkah lain yang perlu dilakukan untuk memprovokasi dan mengancam kedudukan Rusia.

Ada daripada langkah-langkah tersebut telah pun dan sedang dijalankan oleh AS dan sekutunya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sekaligus menguatkan telahan sesetengah pihak bahawa laporan Rand Corporation ini dijadikan rangka tindakan (blueprint) bagi bertujuan melemahkan dan memecahbelahkan Rusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: