Antarabangsa

Russophobia : Rusia Senaraikan Meta Mark Zuckerberg Organisasi Teroris

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 12 Oktober 2022 – Rosfinmonitoring, sebuah perkhidmatan kebangsaan Rusia bagi pemantauan kewangan telah membuat kenyataan bahawa Meta, syarikat yang dimiliki oleh Mark Zuckerberg adalah sebuah organisasi “teroris dan pelampau.”

Pengumuman mengenai syarikat yang sebelum ini dikenali dengan nama Facebook itu telah dibuat pada laman web Rosfinmonitoring pada Selasa lalu.

Meta Platforms Inc, syarikat yang memiliki rangkaian laman sosial yang terkenal iaitu Facebook dan Instagram serta turut memiliki aplikasi perhubungan terkenal, Whatsapp telah mula dilabel sebagai organisasi pelampau pada Mac lalu oleh Mahkamah Tverskoy Moscow.

Kesemua aktiviti serta perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat Meta, kecuali Whatsapp telah diharamkan di Rusia.

Syarikat teknologi gergasi itu telah dituduh sebagai melakukan “aktiviti ekstremis” dengan membenarkan kata-kata yang berbaur kebencian terhadap warga Rusia dimuat naik pada platform-platformnya serta menolak untuk menghapuskan kandungan-kandungan yang dianggap oleh Rusia sebagai berita palsu mengenai konflik yang berlaku di Ukraine.

Kenyataan yang dibuat oleh Rosfinmonitoring tersebut telah menyebabkan bank-bank di Rusia terpaksa membekukan segala aset yang dimiliki oleh Meta, serta menggantung segala perkhidmatan mereka.

Walaupun Facebook dan Instagram kini tidak dapat diakses secara umum di Rusia, namun buat masa ini tiada sebarang hukuman dikenakan terhadap warga negara tersebut yang menggunakan laman tersebut selagi mana kandungan yang dimuat naik adalah sah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: