Anak Seni

RON95 Masih Ada Subsidi, Tetapi Kenapa Barang Naik Melampau? – Datuk Rosyam Nor [Bhg. 1]

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2022 – “Bercakap pasal kesan, semua orang terasa kesannya bukan di Malaysia saja tetapi seluruh dunia akibat dari peperangan, khasnya kesan daripada peperangan Rusia dan Ukraine,” ujar ahli perniagaan, Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin.

Menurutnya, negara kita pun tak ketinggalan daripada kesan itu dan kita pun baru melepasi pandemik COVID-19, jadi ini kesan-kesan yang amat-amat ketara berlaku.

“Kita dapat lihat harga minyak naik, nasib kita baik ada lagi subsidi untuk RON 95, jadi tidaklah mengeluh sangat.”

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesan inflasi dan kemelesetan ekonomi terhadap perniagaan yang diusahakan.

Ujar beliau, kebiasaannya peniaga-peniaga akan mengambil kesempatan daripada naiknya harga minyak untuk menaikkan harga barang.

“Tetapi yang saya lihat sekarang ini, walaupun ada subsidi minyak untuk RON 95 tetapi kita nampak harga barang melampaui daripada harga-harga biasa,” katanya.

Penerbit dan pelakon terkenal yang lebih dikenali dengan nama Datuk Rosyam Nor itu tidak menafikan kenaikan harga barang malah berpandangan bahawa boleh dikatakan semua barang naik harga.

“Saya sendiri tidak faham dan ini lebih ketara apabila kerajaan umumkan gaji minima RM1,500 maka tiba-tiba harga barang semua naik secara mendadak.”

Menurut beliau lagi, ini membebankan semua orang dan ia ibaratnya tak payah naik gaji pun tak mengapa, sebab bila adanya saranan daripada pihak Kerajaan tentang kenaikan gaji maka secara automatik juga berbagai-bagai helah berlaku dan harga barang pun terus mencanak-canak tanpa dapat dikawal dengan baik.

Maka, perkara ini agak menyukarkan semua orang dan semua pihak tak kira daripada M40 atau B40. Namun khasnya B40 lah yang paling terasa tentang kenaikan ini.

Walaupun, kita sebagai rakyat biasa tak boleh nak buat apa sebenarnya namun kita tetap masih boleh mengharungi dengan sabar dan bijak.

Ujarnya, sedar tak sedar, ini bukan kali pertama rakyat Malaysia mengharungi kenaikan harga barang, sudah beberapa kali naik harga barang tetapi rakyat Malaysia tetap kuat mempertahankan diri dan hak mereka.

Bagaimanapun, dengan kenaikan harga barang ini walaupun rungutan-rungutan ini banyak tetapi kali ini ialah satu pasca kehidupan yang harus kita tempuhilah dari masa ke semasa tidak dapat nak elak selain perlu menghadapi dengan bijaksana.

Taraf Lima Bintang Tak Halang ST Rosyam Mart Kekal Tawar Harga Borong Kepada Pelanggan

Beliau yang juga Pengarah ST Rosyam Mart itu berkata, begitu juga dengan perniagaan, macam saya sendiri berniaga pasaraya ada banyak rungutan-rungutan tapi sebagai peniaga pihak saya cuba sedaya upaya untuk memberi harga yang terbaik kerana semua orang tahu harga Rosyam Mart adalah satu pasar borong yang bertaraf lima bintang.

“Jadi kita cuba sedaya upaya mendapatkan stok-stok dengan harga yang murah dan menjualnya dengan harga berpatutan,” katanya.

Sebab itu, kalau kita tengok apabila berlaku pandemik ataupun berlaku kenaikan harga barang, alhamdulillah Rosyam Mart terus menerus menjadi tempat tumpuan kerana semua orang tahu di sini boleh dapat dengan harga borong,” katanya kepada samudera.my.

Justeru, saya juga berharap peniaga-peniaga lain juga memainkan peranan yang besar dalam menghadapi inflasi ini supaya mereka juga dapat mengurangkan penjualan harga barang ke tahap yang murah sedikit supaya mengurangkan bebanan kepada golongan khasnya B40.

“Saya juga berharap mereka mengambil keuntungan yang agak minima dan bagi saya semua peniaga-peniaga di Malaysia harus membantu seiring membantu kerajaan untuk menangani inflasi sekarang ini,” tegas beliau.

Bagaimanapun, apa yang lebih utama, kita sebagai individu kena pandai berjimat cermat, apabila sudah sampai ke tahap kita pandai berjimat cermat maksud saya berjimat cermat itu ialah kita tidak harus berbelanja jika tidak ada keperluan yang mendesak maka segalanya akan baik-baik sahaja.

Datuk Rosyam Nor Saran Rakyat Berjimat Cermat Dan Simpan Tunai

Beliau berkata, sebanyak mana tunai yang kita boleh simpan kita simpan sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang.

Menurutnya, kita harus melihat dan menyemak semula dengan lebih teliti perbelanjaan secara harian, mingguan dan bulanan supaya benda-benda yang membazir tidak diperlukan dalam kehidupan kita dan perlu dielakkan.

Bahkan, Islam sendiri mengajar umatnya supaya berjimat cermat dan mencegah apa jua bentuk pembaziran.

Jelas beliau lagi, yang lebih penting ialah bagaimana untuk kita berbelanja dengan lebih bijak dan yang utama patut apa yang kita bayar setiap bulan (overhead) untuk meneruskan kehidupan kita iaitu makanan harian dan sedikit pakaian, begitulah maksud saya.

Selain itu, Datuk Rosyam Nor sekali lagi menegaskan dan amat berharap kepada semua orang supaya mereka banyak menyimpan tunai kalau mereka ada dan belilah barangan-barangan keperluan sahaja, lebih banyak berjimat cemat, misal mudahnya kita ikat perut sikit lah.”

Nantikan sambungan Bahagian Akhir bersama Rosyam Nor esok bertajuk ‘Belum Terlambat Untuk Kerajaan Laksana Segera Sekuriti Makanan Di Malaysia – Datuk Rosyam Nor [Bhg. Akhir]’ di samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: