Antarabangsa

China Dan India Terus Import Minyak Rusia, Sekatan Barat Tidak Beri Impak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 12 September 2022 – Pendapatan minyak Rusia kekal lebih tinggi berbanding tahun lepas dengan harga global kekal melebihi $100 untuk tahun 2022 walaupun Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya telah mengenakan sekatan ke atas Rusia sejak Presiden Vladimir Putin mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine pada Februari lalu.

Import minyak Rusia dilaporkan melonjak sebanyak 11 juta tan pada suku kedua selepas peningkatan pembelian minyak dari dua negara iaitu China dan India.

Kedua-dua negara tersebut meningkatkan pembelian minyak Rusia sebanyak $9 bilion pada suku kedua berbanding suku pertama, lapor portal antarabangsa.

India khususnya telah menyaksikan peningkatan pembelian dalam jumlah yang besar sehingga merekodkan penghantaran minyak mentah dari Rusia meningkat daripada 0.66 juta tan kepada 8.42 juta tan.

Justeru, tindakan China dan India sebahagian besarnya telah mengurangkan kesannya, kerana dua negara paling ramai penduduk di dunia itu terus mengambil minyak mentah yang telah didagangkan pada harga diskaun berbanding kadar penanda aras.

Mac lalu, samudera.my melaporkan kenyataan Speaker Dewan Perwakilan A.S. Nancy Pelosi berkenaan Kongres Amerika Syarikat yang sedang “mempertimbangkan” undang-undang untuk mengharamkan import minyak Rusia.

Dalam pada itu, Nancy Pelosi memaklumkan bahawa Kongres AS sedang mempertimbangkan undang-undang kukuh yang akan mengasingkan lagi Rusia daripada ekonomi global.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: