Tempatan

UNHCR Terima Baik Cadangan Putrajaya Ambil Alih Pengurusan Pelarian

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 10 September 2022 – Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menyokong Putrajaya mengambil alih tanggungjawab untuk pelarian.

Lapor sebuah portal berita tempatan, agensi PBB mengalu-alukan penglibatan dan usaha berterusan Kerajaan ke arah menyelesaikan isu yang menglibatkan perlindungan pelarian.

Jurucakap UNHCR, Yante Ismail berkata, perbincangan dengan Putrajaya mengenai rangka kerja kerjasama untuk menguruskan pelarian telah berlangsung sejak beberapa tahun lalu menerusi pasukan petugas yang dipengerusikan oleh kementerian luar dan agensi berkenaan.

“Ini termasuk isu yang dibangkitkan oleh Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti perkongsian data maklumat pelarian, pendaftaran bersama dengan Kerajaan, saringan pencari suaka dan akses kepada kerja undang-undang,” jelasnya.

Tambahnya, perlindungan pelarian merupakan tanggungjawab pihak Kerajaan tetapi disokong oleh masyarakat antarabangsa, masyarakat sivil, sektor swasta dan komuniti pelarian.

UNHCR says it is helping Putrajaya take charge of refugee affairs

Sebelum ini, Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad menegaskan bahawa agensi itu sedang meneliti penutupan operasi pejabat UNHCR negara ini.

Katanya, pendatang asing tanpa izin tertarik untuk datang ke Malaysia kerana mereka boleh mendapatkan pelbagai kemudahan di negara ini dengan mencari perlindungan di pejabat UNHCR seterusnya mendapat kad daripada pihak suruhanjaya itu.

Malah pemberian kad itu juga dikeluarkan tanpa merujuk kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM serta yang lain.

“Keputusan ini tidak adil untuk kita (rakyat Malaysia) bila UNHCR tidak merujuk pihak berkuasa kita terlebih dahulu, Tindakan seolah-olah mereka tidak menghormati negara kita,” tegas beliau.

Ketua Pengarah MKN Cadang Malaysia Tutup Pejabat UNHCR

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: