Tempatan

Sajat Dicari Pihak Polis Susulan Kes Penipuan IC

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Februari 2022 – Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat kini sedang dicari pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ampang Jaya dan diminta untuk membantu penyiasatan kes penipuan penukaran maklumat kad pengenalan (IC).

Dalam kenyataan Polis Daerah Ampang Jaya di laman Facebook, Sajjad dikehendaki menghadiri sebuah perbicaraan di Mahkamah Ampang Jaya sebagai saksi bagi sebuah kes penipuan penukaran maklumat IC.

BACA: Puting Beliung Diramal Bakal Melanggar Selangor, Perak Dan Lain-Lain – Pengarah Kanan METMalaysia

BACA: Sekolah Cina Tolak Ribuan Guru BM Kementerian, Lantik Walk in Bangsa Cina

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Kes yang bakal berlangsung pada 22 Februari ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, di mana sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman dari satu hingga ke sepuluh tahun penjara, sebatan dan denda.

Pihak polis menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Sajjad untuk tampil membantu pihak polis.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mastura Binti Abdul Basher di talian 018-2053955,” ujar pihak polis dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu, Sajjad telah melarikan diri ke Thailand dan ditahan pihak berkuasa Thailand gara-gara memiliki passport tidak sah, namun dibebaskan dengan ikat jamin.

Beliau yang juga merupakan pemegang kad pelarian Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menegaskan bahawa beliau ingin berpindah ke Australia kerana diburu pihak penguatkuasa Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button