Antarabangsa

Rusia Cadang Hidupkan Perbankan Islam Bagi Selamatkan Ekonomi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 30 Julai 2022 – Setelah Rusia bergelut menghadapi sekatan demi sekatan yang diletakkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya NATO ekoran konflik peperangan di Ukraine, pihak berkuasa Rusia kini bercadang mengeluarkan lesen untuk sistem perbankan Islam.

Perbankan Islam adalah industri yang mempunyai potensi besar untuk berkembang pesat, sekali gus membantu bank-bank milik kerajaan yang dirundung kemelesetan ekoran pemboikotan besar-besaran oleh negara-negara Barat.

Penubuhan perbankan Islam di Rusia dijangka dapat menarik para pelabur dari negara majoriti beragama Islam di samping memberi perkhidmatan kepada rakyat Rusia dan juga syarikat-syarikat tempatan.

Selain daripada inisiatif menubuhkan perbankan Islam bagi merancakkan kembali ekonomi, Rusia juga dikatakan bakal kembali pulih ekoran permintaan yang tinggi bagi minyak negara itu.

Menurut Profesor Emeritus Dr Victor Davis Hanson, Felo Kanan Sejarah Ketenteraan Universiti Stanford, pemboikotan minyak Rusia oleh Barat tidak akan memberi kesan yang berpanjangan kepada Rusia.

Ini kerana India dan China amat memerlukan minyak daripada Rusia bagi menampung permintaan rakyatnya yang seramai 40% daripada populasi dunia.

Manakala negara-negara Eropah yang mempunyai penduduk seramai 750 juta orang itu pula akan hilang segala kebongkakannya apabila musim sejuk akan menjelang, menurutnya lagi.

Mereka dikatakan tidak akan mampu meneruskan boikot apabila bekalan gas dan minyak yang diimport dari Rusia sebelum peperangan di Ukraine baru-baru ini akan semakin kehabisan, kata Dr Victor Davis Hanson lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: