Antarabangsa

TERKINI: Ketua Al-Qaeda Dibunuh CIA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFGHANISTAN, 02 Ogos 2022 – Ayman al-Zawahiri, pemimpin al-Qaeda, telah terbunuh dalam sebuah serangan drone oleh pihak CIA pada Sabtu lalu, berikut merupakan kandungan pengumuman oleh Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat (AS) awal pagi ini.

“Pada Sabtu, di bawah arahan saya, AS telah berjaya menjalankan serangan udara di Kabul, Afghanistan, yang membunuh pemimpin al-Qa’ida – Ayman al-Zawahiri,” ujar Biden.

Ayman al-Zawahiri adalah seorang pakar bedah yang kemudiannya naik mengganti Osama Bin Laden selaku pemimpin utama al-Qaeda.

Menurut laporan, Ayman al-Zawahiri dipercayai terlibat dalam peristiwa “9/11”, iaitu insiden serangan ke atas World Trade Centre (WTC) di Amerika.

Kerajaan Afghanistan yang kini dipimpin oleh Taliban mengesahkan kejadian berkenaan, di mana pihak Taliban telah menyelar serangan tersebut sebagai sebuah “pencabulan terhadap prinsip perundangan antarabangsa.”.

Leave a Reply

Back to top button