Antarabangsa

Presiden Ukraine Diselar Netizen Susulan ‘Posting’ Sokong Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 14 Mac 2022 – Pengguna laman Twitter baru-baru ini menyelar Presiden Ukraine, Velodymyr Zelenskyy, susulan ciapan lama beliau yang kelihatan menyokong Israel.

Dalam ciapan pengguna Twitter tersebut, dikepilkan beberapa tangkap layar yang memaparkan Zelenskyy menyuarakan rasa simpati terhadap Israel yang ketika itu diserang oleh pejuang Palestin, namun beliau berdiam diri tentang isu Palestin.

“Langit Israel dirosakkan oleh bedilan peluru berpandu. Beberapa bandar terbakar. Ada mangsa. Ramai terluka. Banyak tragedi kemanusiaan. Mustahil untuk lihat tanpa merasakan kepiluan dan kesedihan,” ujar Presiden tersebut dalam ciapannya.

Manakala beberapa gambar lain pula menunjukkan pengguna Twitter tersebut cuba untuk mencari sama ada Zelenskyy pernah bercakap tentang Palestin dan penduduknya.

Malangnya, carian tersebut tidak membuahkan sebarang hasil, sesuatu yang disifatkan sebagai sikap berdiam diri presiden Ukraine tersebut terhadap kesengsaraan rakyat Palestin.

Isu ini tercetus susulan ciapan oleh pengguna Twitter lain yang menyatakan:

“Saya menyeru Presiden Ukraine untuk menyelar penaklukan ke atas Palestin sepertimana beliau menyelar penaklukan (tentera) Rusia ke atas Ukraine”.

Ciapan tersebut kemudiannya dibalas oleh seorang pengguna yang menyatakan bahawa Zelenskyy tentunya menyelar kekejaman Israel, namun kenyataan tersebut dibidas.

“Dia tidak menyelar (perbuatan Israel) itu. Ada ciapan lama beliau yang (menunjukkan) dia sangat cenderung ke arah penaklukan oleh pihak Israel”. Hujahnya, diikuti bukti-bukti bergambar seperti yang disebutkan di atas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: