Tempatan

Malaysia Belum Iktiraf Taliban Tapi Tetap Hulur Bantuan – Saifuddin Abdullah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 27 September 2021 – Malaysia masih belum mengiktiraf kerajaan Taliban yang baharu dibentuk di Afghanistan dan masih melakukan penilaian sewajarnya terhadap negara tersebut, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagaimanapun, selaku rakan negara Islam yang prihatin, Malaysia tetap akan menghulurkan bantuan kemanusiaan daripada semasa ke semasa buat rakyat negara itu.

Malaysia amat memahami keperluan Afghanistan dalam membentuk kestabilan selepas kemusnahan dan penjajahan sekian lama iaitu hampir 40 tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, jelasnya penilaian tertentu diperlukan sebelum kerajaan yang baharu terbentuk itu diiktiraf oleh dunia termasuk Malaysia, katanya lagi ketika memberikan ucaptama pada persidangan KL Conference on Afghanistan : Re-Emergence of a nation secara atas talian pada Ahad.

Ketua Angkatan Tentera Britain, Jeneral Nick Carter dilaporkan berkata, dunia sepatutnya memberi Taliban ruang untuk membentuk kerajaan baru di Afghanistan kerana mereka mungkin sudah pun menjadi lebih bertoleransi selepas beberapa dekad.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: