Tempatan

Maryam Muzamir Harumkan Nama Negara Dalam Pertandingan Reka Cipta Terbesar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 26 September 2021 – Maryam Muzamir, murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Kuantan, mengharumkan nama negara selepas merangkul tiga pingat emas dalam Pertandingan Ciptaan, Inovasi Antarabangsa Keenam di Toronto, Kanada bulan lalu.

Maryam beroleh kejayaan itu selepas mencipta inovasi makanan haiwan daripada kulit udang dan siput sedut yang dinamakan YAM 2.0.

Kejayaan Maryam dalam pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara itu
turut mendapat perhatian dunia melalui siaran Rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden.

“Pada tahun ini dan tahun lalu, Maryam memenangi pingat emas bagi kategori Pertandingan Reka Cipta, Kreatif dan Inovasi (CITREX),” kata bapa Maryam, Prof Madya Dr Muzamir Hasan.

Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi beliau juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan itu.

Tahniah adik Maryam Muzamir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: