Tempatan

Ejen Mossad Rekrut Rakyat Malaysia Culik Warga Palestin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2022 – Ejen perisikan Israel, Mossad merekrut rakyat Malaysia untuk menculik dua lelaki warga Palestin yang dipercayai merupakan aset Briged Pejuang Hamas Al-Qassam.

Dalam operasi ragut yang berlaku di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur pada 28 September lalu, pasukan perisik upahan Israel dalam kalangan rakyat Malaysia memintas dua lelaki Palestin, kedua-duanya merupakan pakar pengaturcaraan komputer, ketika mereka hendak memasuki kenderaan.

Salah seorang daripada mereka diculik menggunakan kenderaan berwarna putih dan dibawa ke satu chalet di kawasan sunyi dalam keadaan diikat dan mata ditutup. Manakala seorang lagi warga Palestin cuba untuk menyelamatkan rakannya namun diberi amaran supaya menjauhkan diri.

Beliau membuat laporan di balai polis Dang Wangi kira-kira 40 minit selepas penculikan berlaku.

Sementara itu, satu panggilan video memaparkan dua lelaki Israel telah dibuat di hadapan mangsa culik. Mereka menyoal siasat dan memukul mangsa selama 24 jam apabila jawapannya tidak memuaskan hati pihak rejim haram aparteid Israel.

Salah seorang daripada rakyat Malaysia yang berkhidmat kepada Israel mengatakan, “Orang Israel ingin tahu tentang pengalaman beliau dalam pembangunan aplikasi komputer, kekuatan Hamas dalam membangunkan perisian serta anggota Briged Al-Qassam yang beliau kenali dan kekuatan mereka.”

Pihak Israel juga menyoal mangsa, siapa di kalangan pimpinan tertinggi Hamas yang pernah bertemu dengan rakan beliau.

Belum sempat menjawab, akhirnya pihak polis berjaya mengesan lokasi mangsa lalu menyerbu bilik chalet itu ketika soal siasat masih berjalan. Dikatakan, jika polis Malaysia lambat bertindak, kemungkinan mangsa sudah hilang.

Menurut sumber, operasi tersebut mendedahkan salah faham komunikasi antara pengendali Israel dan beberapa rakyat Malaysia yang cuai dalam tugas dan membiarkan seorang lagi warga Palestin melarikan diri walhal dia merupakan tangkapan lebih berharga.

Ejen Malaysia itu juga gagal menutup muka mereka dan menggunakan nombor plat kenderaan yang asal iaitu pengawasan asas dalam mana-mana operasi rahsia.

Terkini, kedua-dua mangsa warga Palestin telah meninggalkan Malaysia dalam keadaan trauma dan mengalami kecederaan di badan, kepala dan juga kaki.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: