Tempatan

Penyeludupan Minyak: Malaysia Tanggung Kerugian RM23.8 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 30 Oktober 2022 – Malaysia terpaksa menanggung kerugian sekitar RM23.8 juta angkara aktiviti penyeludupan bahan api dalam tempoh lima tahun sejak 2018 sehingga Ogos lalu.

Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerianan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam mendedahkan bahawa sindiket membeli petrol dan diesel menggunakan lori tangki yang diubah suai supaya dapat mengisi dengan kuantiti yang lebih banyak.

Ujarnya, sindiket membuat tangki tambahan yang mampu mengisi sehingga 1,500 liter minyak diesel dan petrol pada satu-satu masa.

“Kemudian bahan api bersubsidi itu dibawa dan dikumpul di stor-stor haram yang berbeza lokasi bagi mengaburi pihak berkuasa sebelum dijual dengan harga yang lebih tinggi di negara jiran,” katanya menurut berita tempatan.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, kerugian yang ditanggung negara mungkin meningkat kerana sindiket terbabit menyasarkan stesen minyak tertentu pada waktu kurangnya pelanggan mengisi minyak. KPDNHEP juga mendapati wujud pihak bersekongkol mengizinkan sindiket membuat transaksi jualan yang sama berulang kali.

Bukan itu sahaja, mereka kelihatan semakin berani kerana wujudnya pengusaha minyak di negeri bersempadan seperti Johor, Kedah dan Kelantan yang melanggar arahan kementerian supaya memaparkan notis amaran ‘tidak boleh menjual Ron 95 atau diesel kepada warga asing’.

Mengulas lanjut, sebanyak 1,159 kes penyeludupan melibatkan kerugian RM3.5 juta bagi petrol dan RM21.3 juta bagi diesel berjaya ditumpaskan sejak 2018 sehingga Ogos lalu.

“Bagi penyeludupan petrol, kerugian tertinggi direkodkan adalah pada 2019 iaitu sebanyak RM1.17 juta manakala kerugian bagi diesel pula, paling tinggi dicatatkan adalah 2019 dengan RM5.33 juta.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: