Antarabangsa

Malaysia Dahului US & UK Ranking Negara Teraman Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AUSTRALIA, 28 September 2022 – Malaysia telah menunjukkan prestasi membanggakan dalam Indeks Keamanan Sejagat (Global Peace Index, GPI) apabila mengatasi negara-negara maju seperti United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut carta, Malaysia menduduki tangga ke-18 teraman dalam senarai 163 buah negara dengan indeks 1.471, manakala negara jiran Singapura pula menduduki tangga ke-9 (1.326) dan Indonesia di tangga ke-47 (1.8).

UK berada di tangga ke-34 (1.667), manakala AS pula menduduki tangga ke-129 (2.44).

Sistem penilaian tersebut diperkenalkan oleh Institute for Economics and Peace (IEP), di mana ia berpaksikan kajian ke atas tiga ciri utama: tahap keselamatan dan sekuriti sosial, kewujudan konflik dalaman atau antarabangsa, dan tahap kegiatan ketenteraan.

Kajian yang sama mendapati rekod kematian kerana konflik luaran kian meningkat, di mana ia berkemungkinan berpunca dari peperangan yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine.

Keselamatan makanan juga menunjukkan prestasi yang membimbangkan, dengan kadar harga yang mencanak naik, di mana kawasan-kawasan sekitar Asia Selatan, Timur Tengah dan Afrika berada pada kedudukan paling berisiko terjejas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: