Revolusi Peranchis? Dah Sedia Masuk Ke Dalam Ke Brader?
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUALA LUMPUR, 28 September 2021 – “Revolusi Peranchis? Dah sedia masuk ke dalam ke brader. Kalau ada yang screenshot report ni, confirm Seksyen 121 B Kanun Keseksaan. Penjara seumur hidup. Elok abang polis kutip cepat.”
Ini antara teguran seorang pengguna Twitter kepada satu komen di bawah ciapan yang dilihat berbaur hasutan untuk memancing netizen mengeluarkan komen biadap terhadap keluarga DiRaja Pahang.
Komen tersebut berbunyi, “I don’t want to say much nanti masuk penjara. Tak takut ke golongan ini kalau terjadi macam Revolusi Perancis dan Revolusi Iran.”
Teguran tersebut mendapat sambutan daripada Twitterjaya yang lain.
@raheem_danial berkata, “ko agak-agaklah bro nak revolusi bagai…kalau tak ada orang screenshot lagi komen ini, aku akan screenshot komen ko ni. Bahaya betul komen ko ni…@PDRMsia dah boleh tangkap dah dia ni.”
@faroukrahim889 pula menciap, “Ko tak takut ke kena kutip ke dalam nanti bro? Sibuk nau nak revolusi bagai…”
Dan @AleenaAnnuar pula berkata, “Tak takut polis tangkap ke bro komen macam ini…”
Akan tetapi, komen berbaur hasutan itu mendapat sokongan daripada @sherryzain.
“Macam mana nak revolt…nak bersuara dekat Twitter also kita tak berani.”
Tinjauan samudera.my mendapati komen dan akaun tersebut telah dipadamkan.
Ironinya, ciapan terakhirnya menurut Google adalah, “Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan. #LawanTetapLawan.”
Komen-komen ini berpunca daripada satu ciapan yang memberi komen mengenai lawatan KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Muzium Victoria dan Albert di London.