Tempatan

Pemulihan Pantas COVID-19 Tarik Ekspatriat Dan Pelabur Global Ke Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2023 – Pemulihan pantas negara daripada COVID-19 menjadikan Malaysia tarikan utama dunia bagi golongan ekspatriat dan pelabur global, menurut syarikat teknologi hartanah, Juwai IQI.

Ujar syarikat itu, pembeli rumah China telah menaikkan kedudukan Malaysia kepada destinasi keenam paling popular setakat separuh pertama 2023, manakala organisasi ekspatriat global, Internations pula mendapati ekspatriat Barat mengiktiraf Malaysia di tempat keempat terbaik dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, “Masyarakat dunia ketika ini melihat bahawa kehidupan di Malaysia adalah istimewa sehingga meningkatkan keinginan mereka untuk melawat, membelanjakan wang dan melabur.”

BACA JUGA: JKR Digesa Benarkan Lori Sayur Cameron Highland Beroperasi Di Hujung Minggu

BACA JUGA: Bahasa Tambahan: Prioriti Perlulah Betul, PMX Digesa Gerakkan Inisiatif Perkasa Bahasa Kebangsaan

BACA JUGA: Kambing Tiada Tanduk 1975: Surat Terbuka Kepada Menteri KKD

Jelasnya, Malaysia berada pada kedudukan yang baik ekoran kualiti hidup, kehidupan mampu milik, ketersambungan digital dan keupayaan berbilang bahasa yang menjadikan pengunjung antarabangsa selesa berada di negara ini.

Dalam pada itu, Malaysia juga menduduki tempat kedua untuk perumahan dan keempat untuk bahasa menempatkannya jauh di atas negara ASEAN lain.

Tambah beliau, “Malaysia menduduki tempat kelima di dunia untuk kepuasan kewangan dan kos sara hidup. Malaysia juga sebuah negara yang mesra dan ekspatriat meletakkannya dalam 10 teratas global dalam ‘kemudahan mencari rakan’.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: