PRU-15

Negara Ini Akan Penuh Dengan Islamofasis & Taliban… Good Luck Melayu – Siti Kasim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 21 November 2022 – Calon Parlimen Batu yang hanya mendapat 563 undi dan kehilangan wang deposit, Siti Kasim, mengucapkan selamat kepada bangsa Melayu dengan berkata,

“Good luck Melayu. You choose your own grave”.

Beliau menyatakan perkara sedemikian menerusi sebuah video yang kini telah tular berikutan beberapa kenyataannya di dalam video tersebut yang menyatakan tentang wawasan beliau mengenai perpisahan agama dan kerajaan.

Beliau turut membuat kenyataan menerusi video tersebut dengan mengatakan “kita punya anak-anak telah dicuci otak mereka”, “sudah berpuluh tahun otak mereka dicuci”.

Beliau turut mendakwa bahawa anak-anak dicuci otak mereka selama puluhan tahun untuk “pilih puak-puak yang konon memperkasakan agama mereka”.

Pada video yang sama beliau turut menyuarakan pendapat beliau mengenai sistem yang sedia ada, dengan mengatakan bahawa jika ianya tidak berubah, rakyat akan berada di dalam kedudukan yang paling teruk, sebagaimana kenyataan beliau,

“If the system not change, if we don’t stop brainwashing the children and the rakyat, you will be in worst position”.

Beliau turut menyatakan bahawa negara ini pada suatu hari nanti akan penuh dengan golongan Islamofasis dan Taliban, sebagaimana kenyataan beliau,

“This country will be full of Islamofascists and the Talibans”.

Tawaran beliau untuk menjadi wakil rakyat bagi Parlimen Batu, tidak disambut dengan pengundian yang cukup, iaitu hanya sebanyak 653 undi daripada keseluruhan undi yang berjumlah 45,716 yang menyebabkannya kehilangan wang deposit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: