Antarabangsa

India Mahu Lindungi Negara-Negara Islam Asia Tengah Dari Taliban

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

NEW DELHI, 16 September 2021 – Kerajaan India pimpinan Modi telah membuat keputusan untuk melindungi negara-negara Islam Asia Tengah dari ancaman Islamisasi dari Taliban setelah pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan.

Logik yang digunakan ialah, walaupun ancaman itu masih belum lagi wujud dalam masa terdekat, namun mungkin bakal muncul secara tiba-tiba sekiranya Taliban bercadang untuk meluaskan pengaruh mereka menyeberangi Sungai Amu Darya kelak.

Pada masa ini, kerajaan negara-negara tersebut masih menerapkan cara pentadbiran dan kehidupan sekular meskipun sudah beberapa dekad merdeka dari penjajahan Soviet Union.

Akan tetapi bahagian risikan India mendakwa kononnya sudah terdapat tanda-tanda jelas pembabitan Turki dan Pakistan untuk mempromosikan cara hidup berlandaskan Syariah di negara-negara Asia Tengah itu melalui gerakan pelbagai NGO.

Oleh itu, kerajaan India membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Rusia bagi membentengi pengaruh semangat Islamisasi dan jihad Taliban dari mempengaruhi negara-negara Asia Tengah yang berkongsi sempadan dengan Afghanistan.

Beberapa hari yang lalu, Penasihat Keselamatan Nasional India, Ajit Doval telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, Nikolay Patrushev bagi membincangkan ruang kerjasama bagi usaha ini.

Kerajaan Modi sudah bersedia untuk meningkatkan ikatan dua hala dengan negara-negara Asia Tengah termasuklah Turkmenistan bagi mengeratkan hubungan dan meluaskan pengaruh di rantau itu. Setakat ini, India sudah pun mempunyai hubungan erat dengan Tajikistan dalam ruang pertahanan dan keselamatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: