Tempatan

Malaysia Mungkin Akan Senasib Ukraine – Anifah Aman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Mac 2022 – Datuk Seri Anifah Aman, bekas Menteri Luar Negeri menyatakan bahawa jika dilihat kepada keadan geopolitik semasa, Malaysia mungkin akan ditimpa nasib yang sama dengan Ukraine.

Beliau menggesa pucuk kepimipinan Malaysia perlu bertegas dalam isu perang di Ukraine dan tidak hanya menyuarakan pendapat yang samar.

Beliau mengulas lanjut, melihatkan perairan Malaysia yang sering dicerobohi, tidak mustahil Malaysia suatu hari nanti akan ditimpa nasib yang sama seperti Ukraine.

“Malaysia patut bertegas tentang sentimen kita tentang isu ini dan ambil tindakan untuk hentikan keganasan, kerana melihatkan keadaaan geopolitik semasa tentang perairan kita,

beberapa kali dicerobohi oleh ‘negara besar berkuasa di Timur’, kita mungkin akan terima nasib yang sama seperti Ukraine”. Tegasnya dalam sebuah hantaran di laman Facebook.

Beliau turut menggesa supaya infrastruktur telekomunikasi negara diperkukuh bagi menghadapi sebarang serangan siber dan perang sentimen.

“Melihatkan serangan siber dan perang sentiment yang dilakukan Russia, saya menyeru mereka yang terlibat degan sistem telekomunikasi dan digital di Malaysia bagi memperbaik keselamatan infrastruktur dalam menghadapi sebarang serangan siber dan serangan sentimen.” Ujarnya.

Buat masa ini, serangan yang dilakukan Russia ke atas Ukraine masih berlangsung dengan angka kematian seramai lebih kurang 644 orang, termasuk kanak-kanak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: