Tempatan

Islam di India: Dasar Kerajaan Tidak Mencampuri Urusan Dalaman Negara Lain – Menteri Luar Negeri

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2022 – Menurut jawapan dari Menteri Luar Negeri bagi sesi persidangan Parlimen semalam, Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah menjelaskan bahawa Kerajaan mengambil langkah berhati-hati dalam isu dasar kerajaan India yang dikatakan menindas umat Islam di sana.

“Kerajaan perlu berhati-hati kerana ia melibatkan urusan dalaman negara India dan adalah menjadi dasar Kerajaan untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara-negara lain,” jelasnya dalam jawapan kepada soalan yang dikemukakan.

Tambahnya, Kerajaan Malaysia peka terhadap isu melibatkan umat Islam, termasuk isu kenyataan yang bersifat “menghina Nabi Muhammad S.A.W.” oleh Nupur Sharma dan Naveen Kumar Jindal yang merupakan pemimpin parti Bharatiya Janata Party (BJP), parti pemerintah India, ketika itu.

Dalam menjawab persoalan yang dikemukakn oleh Khalid bin Abd Samad di Parlimen, Menteri Luar Negeri tersebut turut menjelaskan beberapa tindakan yang diambil oleh Kerajaan berikutan isu terbabit.

Menurut beliau, antara langkah yang diambil adalah menerusi pendekatan berupa dialog, di mana Kerajaan telah memanggil Duta Besar India di Malaysia bagi mengadakan perbincangan pada Jun lalu.

“YB Menteri Luar Negeri juga telah menyampaikan pendirian Malaysia semasa pertemuan dua hala bersama Menteri Hal Ehwal Luar India di New Delhi,” jelasnya lagi.

“Adalah penting untuk kita meraikan kepelbagaian budaya. Sebaliknya, penindasan ke atas sesuatu kaum hanya akan mencetuskan keganasan dan menimbulkan ketidaktenteraman awam,” tambahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: