Tempatan

Kami Gembira Malaysia Undi Kutuk Rusia – Duta Besar AS

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABAH, 14 Mac 2022 – “Kami cukup gembira kerana Malaysia mengundi untuk mengutuk Rusia. Itu sangat penting,” ujar Duta Besar Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, seperti laporan FMT.

Brian McFeeters menzahirkan penghargaan beliau kepada kerajaan Malaysia yang menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam mendesak supaya serangan oleh tentera Rusia ke atas Ukraine dihentikan.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan Malaysia mengutuk Rusia adalah selari dengan tindakan negara-negara lain, dan merupakan sebuah penzahiran hubungan baik antara Malaysia dengan AS.

“Malaysia juga menyertai negara lain dalam majlis hak asasi manusia untuk mengeluarkan kenyataan mengutuk Rusia, jadi kami percaya kami mempunyai perkongsian yang baik dengan Malaysia,” tegasnya.

Baru-baru ini, PBB mengadakan sebuah Sidang Khas Kecemasan berjudul “Keganasan Terhadap Ukraine”, di mana majoriti negara-negara mengundi untuk mendesak Rusia hentikan serangan, manakala 35 memilih untuk kekal berkecuali dan 5 negara memilih untuk tidak menekan Rusia.

5 negara tersebut ialah Rusia sendiri, Korea Utara, Syria, Belarus dan Eritrea. Antara negara yang menangkap pandangan umum ialah India, yang memilih untuk berkecuali dari menekan Rusia mahupun menyokong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: