Tempatan

Dakwa Diperbodohkan Dengan Hasil Bumi, Individu Hasut Sabah Sarawak Keluar Malaysia?!

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2022 – “Sudah tiba masanya Sarawak/Sabah tarik diri daripada pembentukan Malaysia, sebab kita Sarawak/Sabah telah banyak kali diperbodohkan oleh orang Malaya dari segi hasil bumi sampai menteri-menteri Malaya berebut-rebut ambil duit rakyat untuk kegunaan sendiri, tengoklah,” kata seorang pengguna media sosial.

Individu tersebut turut melampirkan Bajet Malaysia 2022 di laman Twitternya yang memaparkan bajet untuk Malaya, Sarawak dan Sabah.

Menurut lampiran tersebut, jumlah keseluruhan untuk Bajet Malaysia 2022 adalah sebanyak RM322.1 bilion dengan pembahagian seperti berikut:

Malaya: RM322 bilion (96.9%)

Sarawak: RM4.6 bilion (1.39%)

Sabah: RM5.2 bilion (1.59%)

Tambah pengguna media sosial itu lagi, “Pembentangan bajet tiap-tiap tahun di mana Sarawak/Sabah hanya beberapa peratus saja dapat, Malaya berpuluh-puluh peratus dapat, lepas ya berebut-rebut menteri ambil duit rakyat untuk kegunaan sendiri.”

Walau bagaimanapun, kenyataannya ini dibangkang oleh pengguna media sosial yang lain.

“Bahagian Malaya itu adalah untuk seluruh negara. Sabah dan Sarawak itu khusus untuk negeri itu. Cuba bandingkan negeri dengan negeri,” kata Ali Ahmed al Serembani.

“Bahagikan RM322 bilion itu kepada 12, mereka masih dapat RM26++ bilion. Perbandingan “state to state” yang bagus bro,” kata wys1wyg pula.

Bukan itu sahaja, Ali Ahmed al Serembani turut berkongsikan petikan berita yang melaporkan Sabah dan Sarawak kekal menjadi penerima peruntukan terbesar dalam Bajet 2022.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah, berkata, peruntukan perbelanjaan pembangunan bagi Sabah dan Sarawak seperti dalam pengumuman Bajet 2022 bulan lalu, masing-masing membabitkan jumlah RM5.16 bilion dan RM4.6 bilion, iaitu peningkatan RM104 juta dan RM158 juta berbanding tahun sebelumnya.

“Jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan 2022 di Sabah dan Sarawak juga mewakili 20 peratus daripada jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan yang disediakan kepada semua negeri di Semenanjung.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: