Antarabangsa

Tutup Aurat Kalau Nak Bekerja – Kerajaan Afganistan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kabul, 27 Februari 2022 – Kerajaan Taliban mewajibkan kaum wanita yang bekerja di jabatan-jabatan pemerintah Taliban untuk menutup aurat sekalipun dengan selimut jika mereka tidak mahu kehilangan pekerjaan mereka.

Jabatan Amal Makruf Nahi Mungkar Taliban berkata, wanita tidak boleh keluar bekerja kecuali dengan menutup aurat, jika tidak mereka boleh dipecat kerana tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Tidak jelas mengapa kenyataan berkenaan dikeluarkan kerana kebanyakan wanita di negara tersebut sentiasa menutup kepala mereka di khalayak ramai dengan sekurang-kurangnya memakai selendang longgar.

“Mereka boleh mengenakan hijab mengikut cara masing-masing,” kata jurucakap kementerian, Mohammad Sadeq Akif Muhajir.

Beliau turut menafikan mengenai pelaksanaan pemakaian burqa yang diwajibkan Taliban sebelum ini.

Katanya, para wanita dibolehkan memakai apa-apa jenis hijab termasuk selimut sekalipun asalkan mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu menutup aurat dengan sempurna.

Dalam pada itu, ketetapan baharu itu turut menyebut pakaian dari barat dilarang di Afghanistan sementara kaum lelaki diarahkan tidak mencukur misai dan janggut mereka dan perlu menyegerakan solat.

Beberapa larangan ketat telah mula diperkenalkan walaupun Taliban berjanji akan lebih berlembut berbanding dahulu, antaranya mengharamkan drama TV yang menampilkan wanita melainkan mereka mempunyai tema Islamik, dan melarang muzik di khalayak ramai.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: