Tempatan

Malaysia Perlu Cari Jalan Adakan Hubungan Dua Hala Dengan Umat Islam Di India – Ustaz Fauzi Asmuni

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Mac 2022 – “Umat Islam di Malaysia perlu mencari jalan untuk mengadakan hubungan dua hala dengan umat Islam di India,”ujar Presiden Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Hubungan dua hala ini tidak kira sama ada di peringkat kerajaan, atau badan-badan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan di peringkat individu juga tokoh-tokoh masyarakat.

BACA: Kita Adalah Negara Hindu, Tudung Tidak Dibenarkan Di Institusi Pendidikan

BACA: Kami Akan Cincang 60,000 Muslimah Bertudung Dengan Pedang – Pooja Veerashetty

BACA: Samseng Hindu Rempuh Masuk Kolej Ugut Pelajar Muslimah

Beliau berkata, isu yang berlaku di India perlu didedahkan kepada rakyat Malaysia agar umat Islam Malaysia mula mengambil berat nasib saudara mereka di sana.

“Kita perlu mewujudkan suasana berkongsi nasib dan keprihatinan,”katanya.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni turut menyarankan agar umat Islam mengemukakan bantahan di media sosial dan lain-lain saluran yang ada secara berterusan.

Jelas beliau, bantahan seumpama ini walaupun mungkin tidak akan memberi kesan besar kepada polisi kerajaan India, tetapi ia akan memberikan sokongan moral kepada umat Islam di India.

Di samping itu, tidak dilupakan laksanakan solat hajat dan berdoa supaya Allah SWT memudahkan urusan umat Islam di sana.

“Sama-sama kita mendoakan agar umat Islam di India diberi perlindungan dan mendapat bantuan Allah SWT,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: