Antarabangsa

‘Perang Amerika’ Di Afghanistan Kegagalan Besar – 80% Warga Afghanistan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFGHANISTAN, 04 September 2022 – Hampir 80 peratus daripada responden warga Afghanistan menyifatkan perang Amerika Syarikat (AS) di negara mereka sebagai sebuah kegagalan besar.

Berikut merupakan hasil tinjauan yang dilaksanakan oleh Rangkaian Televisyen Global China dan Institut Pendapat Awam China di Afghanistan dan 24 negara global bagi menilai perang AS selama 20 tahun ke atas negara tersebut.

Pada awal kehadiran AS di Afghanistan, mereka mengatakan komitmen mereka untuk ‘membina Afghanistan yang stabil, kuat dan makmur’ selain mendakwa bahawa ia akan mewujudkan sistem demokrasi, menentang keganasan dan membina semula sebuah negara.

Namun AS didapati tidak mengotakan janjinya apabila Afghanistan berhadapan dengan cabaran yang teruk berkaitan keselamatan, ekonomi dan mata pencarian penduduknya ketika perang.

Kira-kira 56.6 peratus responden mengatakan bahawa AS meninggalkan ekonomi Afghanistan dalam keadaan lebih teruk berbanding pada tahun 2001, manakala 68 peratus berpendapat bahawa perang yang berlaku itu telah menghilangkan kredibiliti Afghanistan di kalangan masyarakat antarabangsa.

Dalam pada itu, lebih separuh daripada responden percaya bahawa negara jiran termasuk Iran, Pakistan dan China memainkan peranan penting dalam pembinaan semula negara tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: