Tempatan

Kuala Terengganu Teruk Dilanggar Ribut

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 27 Februari 2022 – Sebuah rumah di Kg Padang Nenas, Kuala Terengganu rosak teruk selepas dibadai hujan ribut dan angin kencang.

BACA: Kedah Dilanggar Puting Beliung

BACA: Pekan Baru Dilanda Gempa, Lembah Klang Bergegar

BACA: Puting Beliung, Ribut Petir Dan Angin Kencang Sehingga Mac – Jabatan Meteorologi

Menerusi video yang dikongsikan encik Muhammad Mat Yasin di Facebooknya semalam, kekuatan hujan ribut berserta angin kencang itu bukan sahaja menerbangkan barang-barang yang berada di luar rumahnya seperti trampolin, tetapi juga mengakibatkan atap genting rumahnya pecah dan tercabut.

Awning rumahnya turut rosak dan tercabut dilanda angin ribut.

Gambar-gambar yang dikongsikan sudah cukup menggambarkan betapa dahsyatnya fenomena alam yang berlaku di Kuala Terengganu semalam.

“Sedikit teguran,” kata encik Muhammad Mat Yasin dalam postingnya.

Menurut portal Bernama, lebih 30 buah rumah di Kampung Padang Nenas rosak teruk akibat ribut kuat dan angin kencang yang berlaku kira-kira 10 pagi semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Nerus Kapten (PA) Zahidi Zainudin memaklumkan, berdasarkan laporan Met Malaysia, kelajuan angin di Terengganu ketika ini boleh mencapai hingga 60 kilometer sejam.

Terdahulu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, kejadian ribut petir dan angin kencang yang berlaku kini dijangka berlarutan sehingga awal Mac ini.

Fenomena itu didorong faktor angin timuran dari Lautan Pasifik lembap yang sedang bertiup masuk ke rantau negara.

“Ada masanya berlaku tumpuan angin di kawasan tertentu yang menyebabkan ribut petir menjadi lebih ekstrem sehingga menghasilkan hujan batu dan puting beliung,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button