Tempatan

Prank Cabul Kehormatan Muslimah, YouTuber Dicaj Di Mahkamah Majistret

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Julai 2022 – Seorang YouTuber berusia 24 tahun didakwa di Mahkamah Majistret pada Selasa lalu gara-gara membuat kandungan video di media sosial dengan menarik tudung wanita sebagai gurauan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menerima laporan polis sebelum menahan lelaki itu pada pukul 7.30 malam.

“Video yang tular itu memaparkan seorang lelaki (suspek) bertindak menarik tudung dua orang wanita (mangsa).”

“Susulan itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu lalu.

Jelasnya lagi, pihaknya masih tidak menerima sebarang laporan daripada dua wanita dalam video tersebut

Dalam pada yang sama, Supt Ashari menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang rakaman dan penyebaran video mengandungi isi kandungan yang boleh mendatangkan kegusaran masyarakat serta menyentuh sensitiviti di masa akan datang.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan seorang YouTuber yang dikenali sebagai Nick memuat naik video gurauan menarik tudung dua wanita untuk dijadikan content di saluran YouTube miliknya.

Namun, rata-rata pengguna media sosial menzahirkan rasa kurang senang dengan gurauan biadap itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: