Antarabangsa

Kita Adalah Negara Hindu, Tudung Tidak Dibenarkan Di Institusi Pendidikan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KARNATAKA, 22 Mac 2022 – Kumpulan Hindu menegaskan bahawa mereka mahu pengharaman tudung diluaskan ke seluruh negara India, bukan hanya terhenti di Karnataka sahaja.

“Kita adalah negara Hindu dan kita tidak mahu melihat apa-apa jenis pakaian agama di institusi pendidikan negara,” kata Rishi Trivedi, Presiden Kumpulan Hindu, Akhil Bharat Hindu Mahasabha.

BACA: Mahkamah Tinggi India Perintah Muslimah Tanggal Tudung Untuk Dapatkan Pendidikan

BACA: Kami Akan Cincang 60,000 Muslimah Bertudung Dengan Pedang – Pooja Veerashetty

BACA: Samseng Hindu Rempuh Masuk Kolej Ugut Pelajar Muslimah

Hindutva Watch melaporkan, pemimpin Vishwa Hindu Parishad (VHP), sekutu Parti Bharatiya Janata (BJP), Rashtriya Swayamsevvak Sangh (RSS) telah meminta pengharaman tudung dilaksanakan di negeri asal Perdana Menteri India di Gujerat.

Selain itu, mereka juga akan menulis surat agar pengharaman yang sama dikenakan di negeri paling ramai penduduk di negara itu iaitu di Uttar Pradesh.

“Tudung tidak dibenarkan dalam pasukan pertahanan, polis, dan pejabat kerajaan, maka mengapa ada desakan untuk bertudung di sekolah dan kolej?” kata Setiausaha VHP Gujerat, Ashok Raval.

Dakwanya, permintaan untuk memakai tudung di institusi pendidikan adalah satu percubaan meningkatkan ketegangan awam.

Kerajaan Karnataka India sebelum ini telah berhujah di hadapan Mahkamah Tinggi bahawa memakai tudung bukanlah amalan agama Islam yang penting dan mengharamkannya tidak melanggar jaminan perlembagaan kebebasan beragama.

Kenyataan ini dipersetujui berikutan keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Karnataka bahawa pemakaian tudung adalah tidak wajib dalam Islam.

“Kami berpendapat bahawa pemakaian tudung oleh wanita Islam tidak menjadi sebahagian daripada amalan agama yang penting akidah Islam,” kata mahkamah.

Pengkritik menyatakan bahawa larangan tersebut adalah satu lagi cara untuk meminggirkan masyarakat Islam, yang menyumbang kira-kira 14 peratus daripada 1.35 bilion penduduk India yang majoritinya Hindu.

Susulan keputusan itu, Website Live Law melaporkan bahawa rayuan keputusan kes telah dibawa ke Mahkamah Agung dan pihak mahkamah akan mempertimbangkannya selepas cuti Holi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: