Antarabangsa

21 Maut Diserang Virus Misteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFGHANISTAN, 25 Januari 2023 – 21 orang maut setakat ini selepas diserang ‘penyakit misteri’ di Afghanistan.

Menurut media antarabangsa, Afghanistan Times melaporkan bahawa para pegawai menggambarkannya sebagai ‘sangat mirip’ dengan COVID.

BACA JUGA: Tanah Runtuh! Jalan Sungai Tiram – Ulu Tebrau Ditutup

BACA JUGA: PrEP: Suami Pengamal Homoseksual, Isteri Terpaksa Makan Ubat Sepanjang Hayat

BACA JUGA: Beri Laluan Pelajar Sambut Tahun Baru, KPM Jawab Tuduhan Diskriminasi

Sumber memberitahu, penyakit ini telah merebak di Pamir yang terletak di kawasan pergunungan Wakhan, tiga minggu lalu dan pada mulanya ia meragut 6 nyawa penduduk kawasan itu.

Berikutan itu, pegawai kesihatan telah dihantar ke lokasi berkenaan untuk menyiasat jenis dan punca penyakit tersebut.

Setakat ini, butiran lanjut mengenai penyakit sebenar itu masih belum didedahkan.

Tambah laporan, Kyrgyzstan, yang tidak bersempadan dengan Afghanistan, mengambil langkah berjaga-jaga menghantar pasukan perubatan ke negara itu berikutan bimbang penularan pantas penyakit itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: